Friday 15 April 2016
AIR MATA DALANG (Rahimidin zahari)
SINOPSIS
TEKNIK PLOT
Pemerian
Hujan turun tanpa hentinya. Air mula berladung di mana-mana. Pak Yasok kesejukan di atas beranda rumah tua perabung lima. Hujan terus turun dan turun tanpa ada petanda akan berhenti.
Imbas kembali
Dia teringatkan kata-kata menantunya yang ustazah itu.
“Ayah berhentilah buat kerja yang sia-sia ini, ayah. Patung wayang yang ayah buat tu akan minda nyawa di akhirat kelak. Kerja ayah ini kerja dosa...
Monolog dalaman
Siapakah yamg ke mari dalam hujan-hujan begini? Berdetik di dalam hati kecil Pak Yasok.
Monolog
“Sauki pun tak patut membiarkan isterinya yang menasihati aku, bisik Pak Yasok.
‘Ah, lamunanku terlalu jauh,’ getus Pak Yasok.
Dialog
“Nora nak jadi dalang?”
“Ya, kalau pak cik sanggup mengajarnya.”
NILAI
Cerpen ini mengisahkan Pak Yasok
yang meminati wayang kulit. Pak Yasok mempunyai 3 orang iaitu ustaz Sauki,
Sulida dan Naemah. Pak Yasok merupakan tok dalang wayang kulit. Dia juga pandai
bermain beberapa alatan muzik dan pandai membuat patung wayang kulit. Pak Yasok
tinggal bersama isterinya iaitu Mak Esah di kampungnya. Pak Yasok sangat terasa
hati dengan kata-kata menantunya iaitu Faezah. Menantunya tidak suka dengan
pekerjaan yang dilakukan oleh Pak Yasok dan menanggap pekerjaan Pak Yasok
berdosa. Suatu hari Nora dari Kuala Lumpur datang ke rumah Pak Yasok untuk
mempelajari ilmu pendalangan bagi melengkapkan kajiannya. Selama tiga bulan
Nora belajar ilmu pedalangan dari Pak Yasok. Setelah Nora benar-benar mewarisi
ilmu pendalangan, Pak Yasok membuat upacara memperlimaukan anak muridnya. Semua
orang kampung termasuk ayah, mak Nora dan anak-anak Pak Yasok datang
melihat upacara tersebut.
TEMA
Tradisi wayang kulit semakin dipinggirkan
masyarakat.
PERSOALAN
1. Persoalan
tentang warisan wayang
kulit
yang semakin dipinggir.
Warisan
wayang kulit semakin dipinggir. Sudah berpuluh murid Pak Yasok mempelajari ilmu
tersebut namun tiada sesiapa pun meneruskan tradisi tersebut.
2. Persoalan
tentang kerinduan cucu terhadap datuk dan neneknya.
Cucu Pak Yasok selalu menelefon Pak Yasok
dan Mak Esah bertanyakan tentang kesihatan datuk dan nenek mereka.
3. Persoalan
tentang kegigihan mencari rezeki.
Nora dari Kuala Lumpur gigih mempelajari
ilmu pendalangan daripada Pak Yasok selama 3 bulan.
GAYA BAHASA
1.
Personafikasi
> Patung Bola yang garang dan jahat itu
diangkatnya. (m/s 77)
> Matahari yang masih malu-malu itu
memercikkan sinar cahaya kecil yang jatuh di atas daun-daun yang masih lembap dan basah.
(m/s 80)
2.
Metafora
>
Tangan tua Pak Yasok berhenti memahat, tiba-tiba air matanya berkaca.
(m/s 77)
3.
Sinkof
>
Yang tak ada itulah, kita kena adakan, pak cik.” (m/s 81)
WATAK DAN PERWATAKAN
1. Pak
Yasok
- Mempunyai 3 orang anak.
- Mahir dalam membuat patung wayang kulit.
- Meminati wayang kulit.
- Mudah terasa hati.
- Merupakan tok dalang wayang kulit.
- Mencari rezeki dengan menjadi pengukir
patung wayang kulit dan menjadi tok dalang.
- Peramah.
- Tidak kedekut ilmu.
2. Nora
- Tinggal dan belajar di Kuala Lumpur.
- Membuat kajian mengenai wayang kulit.
- Gigih menuntut ilmu.
- Belajar ilmu pedalangan daripada Pak
Yasok.
- Pandai Menari.
- Rajin belajar ilmu pendalangan setiap
hari.
3. Faezah
- Menantu kepada Pak Yasok.
- Isteri kepada Ustaz Sauki.
- Tidak suka anaknya menjadi tok dalang.
- Menganggap pekerjaan Pak Yasok berdosa.
- Malu dengan Pak Yasok.
PLOT
1.
Permulaan
Pak Yasok
merupakan tok dalang wayang kulit. Pak Yasok mempunyai 3 orang anak iaitu ustaz
Sauki, Sulida dan Naemah. Dia tinggal bersama dengan isterinya Mak Esah di
kampuang. Menantunya iaitu Faezah tidak menyukai anak-anaknya tinggal bersama
dengan Pak Yasok kerana dia tidak suka anaknya mengikuti jejak Pak Yasok sebagai
tok dalang.
2.
Perkembangan
Pak Yasok pandai
dalam mengukir patung wayang kulit dan bermain alatan muzik. Antara alatan
muzik yang Pak Yasok pandai bermain iaitu gendang ubi, gendang anak, tetawak
dan kesi. Pak Yasok akan memahat belulang patungnya di meja kerjanya. Pak Yasok
percaya kepada petua-petua pendalangan yang dipelajarinya melalui guru
wayangnya, iaitu Dalang Tok Ali.
3.
Perumitan/ konflik
Pak Yasok amat
terasa hati dengan kata-kata menantunya iaitu Faezah yang mengatakan bahawa
pekerjaan yang Pak Yasok buat berdosa. Pak Yasok amat terasa dengan penghinaan
tersebut menyebabkan Pak Yasok marah terhadap menantunya. Faezah pula amat malu
akan perbuatannya itu sehinggakan tiap kali cuti dia tidak pernah pulang ke
rumah mentuanya.
4.
Klimaks
Nora dari Kuala
Lumpur datang ke rumah Pak Yasok untuk menuntut ilmu pendalangan bagi
melengkapkan kajiannya. Selama 3 bulan Nora belajar segala ilmu yang
diperturunkan oleh Pak Yasok kepadanya.
5.
Peleraian
Setelah 3 bulan
Nora menuntut ilmu pendalangan tersebut, Pak Yasok membuat malam memperlimaukan
anak muridnya. Semua orang kampung hadir untuk melihat sendiri upacara tersebut
dilakukan termasuklah ibu bapa Nora. Anak-anak Pak Yasok juga pulang ke kampung
termasuklah menantu Faezah yang sesampainya terus menyalami tangan Pak Yasok.
LATAR
•Latar Tempat
•- Di atas beranda rumah
tua perabung lima
•- Serambi rumah Pak
Yasok
•- Meja kerja Pak Yasok
•- Bangsal wayang
•- Halaman umah
•Latar Masa
•- Sewaktu hujan turun tanpa henti
•- Selepas solat Isyak
•- Sewaktu cuti
•- Beberapa minit
kemudian
•-Setiap hari selama 3
bulan
•- Malam memperlimau
•Latar Masyarakat
•- Masyarakat yang meminati wayang kulit
•- Masyarakat kampung
•- Masyarakat bandar
•- Masyarakat yang
menghormati orang tua
•- Masyarakat yang
mementingkan agama
TEKNIK PLOT
Pemerian
Hujan turun tanpa hentinya. Air mula berladung di mana-mana. Pak Yasok kesejukan di atas beranda rumah tua perabung lima. Hujan terus turun dan turun tanpa ada petanda akan berhenti.
Imbas kembali
Dia teringatkan kata-kata menantunya yang ustazah itu.
“Ayah berhentilah buat kerja yang sia-sia ini, ayah. Patung wayang yang ayah buat tu akan minda nyawa di akhirat kelak. Kerja ayah ini kerja dosa...
Monolog dalaman
Siapakah yamg ke mari dalam hujan-hujan begini? Berdetik di dalam hati kecil Pak Yasok.
Monolog
“Sauki pun tak patut membiarkan isterinya yang menasihati aku, bisik Pak Yasok.
‘Ah, lamunanku terlalu jauh,’ getus Pak Yasok.
Dialog
“Nora nak jadi dalang?”
“Ya, kalau pak cik sanggup mengajarnya.”
NILAI
1. Nasihat
2. Kasih sayang
3. Hormat menghormati
4. Berkongsi ilmu
MESEJ DAN PENGAJARAN
1. Kita hendaklah
pandai menasihati orang lain agar tidak mengguriskan perasaan mereka.
2. Kita mestilah
gigih menuntut ilmu demi masa depan kita.
3. Kita mestilah
mempunyai sifat kasih sayang terhadap ibu bapa.
4. Kita seharusnya
berkongsi ilmu yang ada pada diri kepada orang lain.
RESAM HIDUP MANUSIA (PANTUN DUA KERAT)
MADSUD SAJAK
Penyajak menyatakan bahawa setiap orang
mempunyai pendapat sendiri. Makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan
kemahuannya.
|
Rangkap 2
Setiap
orang mempunyai minat atau keinginan yang berbeza
Rangkap 3
Penyajak menyatakan perbezaan zaman berubah
mengikut peredaran
Rangkap 4
Menurut penyajak segala perbuatan akan
dibalas dengan setimpal. Sekiranya seseorang melakukan kebaikan akan mendapat
balasan yang baik juga.
Rangkap 5
Tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas
dengan pemberian, kita harus tahu berterima kasih
Rangkap 6
Penyajak menyatakan seseorang menyatakan
tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebab.
Rangkap 7
Penyajak menyatakan bahaya percakapan.
Pembaca perlu berhati-hati dengan kata-kata atau percakapan kerana jika
terlepas cakap ia boleh membinasakan diri sendiri atau membuatkan orang semakin
menjauhkan diri daripada kita
Rangkap 8
Penyajak menjelaskan kesan positif terhadap
orang yang terang hati, mereka akan mudah memahami setiap perkara yang
diajarkan kepada mereka
TEMA
Adat resam kehidupan manusia.
PERSOALAN
1. 1. Persoalan minat
Setiap manusia mempunyai minat atau
keinginan yang berbeza. Minat menjadikan seseorang bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan sesuatu perkara. Contohnya apabila seseorang mempunyai minat untuk
menjadi seorang guru, seseorang akan belajar dengan tekun untuk memastikan
minatnya dapat dicapai.
Contoh rangkap 2:
Lain dulang lain kaki
Lain orang lain hatinya
2. Persoalan
budi
Kita haruslah berterima kasih kepada orang
yang memberikan budi. seseorang yang menabur budi akan mendapat balasan yang
baik contohnya seseorang yang melakukan kebaikan akan mendapat balasan yang
baik juga.
Contoh
rangkap 3:
Ada
ubi ada batas,
Ada
budi ada balas.
BENTUK
•Bentuk
•Terikat
•Jumlah rangkap
•Mempunyai 8 rangkap
•Jumlah baris dalam
rangkap
•Mempunyai 2 baris
dalam satu rangkap
•Jumlah perkataan
sebaris
•Jumlah perkataan
antara 4 hingga 5 patah perkataan
•Contoh : Ada ubi ada batas (4 perkataan- rangkap
4)
•Contoh : Tak sungguh orang tak
kata (5 perkataan-rangkap 5)
•Jumlah suku kata dalam
baris
•Suku kata 7 hingga 11
suku kata dalam satu baris
•Contoh : tak / tum/buh tak/
me/la/ta ( 7 suku kata-rangkap 6, baris 1)
•Contoh : o/rang ber/bu/di ki/ta
ber/ba/ha/sa (11 suku kata,rangkap 5, baris 1)
•Rima
•Rangkap 1 - 8 rima (TERIKAT)
Subscribe to:
Posts (Atom)