Monday 3 April 2017

KASIH JUALAN (PANTUN 4 KERAT)

MAKSUD RANGKAP

 Rangkap 1
Seorang peniaga sedang cuba menjual barang terbarunya.

Rangkap 2
Pengunjung masih belum berhajat untuk membeli dan datang untuk melihat sahaja.

Rangkap 3
Seorang peniaga yang tersohor datang berniaga menjadikan orang lain takut untuk berniaga bersama-sama.

Rangkap 4
Orang yang takut untuk berniaga itu adakah kurang sifat kelakian/kegagahannya.

Rangkap 5
Pengunjung tersebut dikatakan kedekut kerana begitu memilih.

Rangkap 6
Pengunjung takut duitnya habis jika membeli barang jualan tersebut.

Rangkap 7
Pengunjung sayang duitnya habis tetapi dia tidak sampai hati untuk menolak pelawaan itu

Rangkap 8
Pengunjung sebenarnya tidak kedekut dan lemah, Cuma dia masih belum mahu untuk membeli.

Rangkap 9
Sebenarnya kasih itu bukanlah sesuatu yang boleh diniagakan kerana hati itu tidak dapat dijual beli. Oleh sebab itu, pengunjung itu berasa berat hati untuk memilih dan membeli kerana belum berkenan dihati.

TEMA
-Adat dalam berjual beli.

PERSOALAN
-Berhati-hati dalam membuat keputusan
-Bersopan-santun antara satu sama lain dalam percakapan
-Berbudi bahasa dalam kehidupan
-Berani menghadapi pelbagai situasi

BENTUK
1- Rangkap

-          Mempunyai 9 rangkap

Contoh rangkap 1

Burung kekek burung di hutan,
    Terbang naik berlegar-legar;
Mari encik marilah tuan,
    Barang baik baru keluar.

Contoh rangkap 9

Dari Medan ke Sibolga,
    Padi di Langkat bawa ke Deli;
Kasih bukan barang berniaga,
    Hati tak dapat dijual beli.

2- Baris dalam rangkap
-          Mempunyai 4 baris dalam setiap rangkap

Dari Medan ke Sibolga,
    Padi di Langkat bawa ke Deli;
Kasih bukan barang berniaga,
    Hati tak dapat dijual beli.

3- Jumlah perkataan dalam baris

-          Mempunyai 4 hingga 5 kata

-          -Dari Medan ke Sibolga (4 kata)
       -Kedekut sungguh tuan nak makan (5 kata)

4- Jumlah suku kata
-          Terdiri daripada 8 hingga 11 suku kata

-        -  Dari Medan ke Sibolga (8 suku kata)
-         - Makanya takut masuk berniaga (11 suku kata)

Burung kekek burung di hutan,
    Terbang naik berlegar-legar;
Mari encik marilah tuan,
    Barang baik baru keluar.

      
      PENGAJARAN
     
1.     1)  Kita perlulah bersopan santun antara satu sama lain dalam percakapan
1.     2) Kita hendaklah berhati-hati dalam memilih dan membuat keputusan dalam sesuatu perkara
1.      3) Kita haruslah berani dalam menghadapi pelbagai situasi/keadaan



Friday 15 April 2016

SOALAN AIR MATA DALANG (Rahimidin zahari)

AIR MATA DALANG (Rahimidin zahari)

SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan Pak Yasok yang meminati wayang kulit. Pak Yasok mempunyai 3 orang iaitu ustaz Sauki, Sulida dan Naemah. Pak Yasok merupakan tok dalang wayang kulit. Dia juga pandai bermain beberapa alatan muzik dan pandai membuat patung wayang kulit. Pak Yasok tinggal bersama isterinya iaitu Mak Esah di kampungnya. Pak Yasok sangat terasa hati dengan kata-kata menantunya iaitu Faezah. Menantunya tidak suka dengan pekerjaan yang dilakukan oleh Pak Yasok dan menanggap pekerjaan Pak Yasok berdosa. Suatu hari Nora dari Kuala Lumpur datang ke rumah Pak Yasok untuk mempelajari ilmu pendalangan bagi melengkapkan kajiannya. Selama tiga bulan Nora belajar ilmu pedalangan dari Pak Yasok. Setelah Nora benar-benar mewarisi ilmu pendalangan, Pak Yasok membuat upacara memperlimaukan anak muridnya. Semua orang kampung termasuk ayah, mak Nora dan anak-anak Pak Yasok  datang  melihat upacara tersebut.


TEMA
Tradisi wayang kulit semakin dipinggirkan masyarakat.

PERSOALAN

1. Persoalan tentang warisan wayang  kulit yang semakin dipinggir.
Warisan wayang kulit semakin dipinggir. Sudah berpuluh murid Pak Yasok mempelajari ilmu tersebut namun tiada sesiapa pun meneruskan tradisi tersebut.

2. Persoalan tentang kerinduan cucu terhadap datuk dan neneknya.
Cucu Pak Yasok selalu menelefon Pak Yasok dan Mak Esah bertanyakan tentang kesihatan datuk dan nenek mereka.

3. Persoalan tentang kegigihan mencari rezeki.
Nora dari Kuala Lumpur gigih mempelajari ilmu pendalangan daripada Pak Yasok selama 3 bulan.

GAYA BAHASA

1. Personafikasi
>   Patung Bola yang garang dan jahat itu diangkatnya. (m/s 77)
> Matahari yang masih malu-malu itu memercikkan sinar cahaya kecil yang jatuh di atas       daun-daun yang masih lembap dan basah. (m/s 80)

2. Metafora
>  Tangan tua Pak Yasok berhenti memahat, tiba-tiba air matanya berkaca. (m/s 77)

3. Sinkof
>  Yang tak ada itulah, kita kena adakan, pak cik.” (m/s 81)

WATAK DAN PERWATAKAN

1. Pak Yasok
- Mempunyai 3 orang anak.
- Mahir dalam membuat patung wayang kulit.
- Meminati wayang kulit.
- Mudah terasa hati.
- Merupakan tok dalang wayang kulit.
- Mencari rezeki dengan menjadi pengukir patung wayang kulit dan menjadi tok dalang.
- Peramah.
- Tidak kedekut ilmu.

2. Nora
- Tinggal dan belajar di Kuala Lumpur.
- Membuat kajian mengenai wayang kulit.
- Gigih menuntut ilmu.
- Belajar ilmu pedalangan daripada Pak Yasok.
- Pandai Menari.
- Rajin belajar ilmu pendalangan setiap hari.

3. Faezah
- Menantu kepada Pak Yasok.
- Isteri kepada Ustaz Sauki.
- Tidak suka anaknya menjadi tok dalang.
- Menganggap pekerjaan Pak Yasok berdosa.
- Malu dengan Pak Yasok.          

PLOT

1. Permulaan
Pak Yasok merupakan tok dalang wayang kulit. Pak Yasok mempunyai 3 orang anak iaitu ustaz Sauki, Sulida dan Naemah. Dia tinggal bersama dengan isterinya Mak Esah di kampuang. Menantunya iaitu Faezah tidak menyukai anak-anaknya tinggal bersama dengan Pak Yasok kerana dia tidak suka anaknya mengikuti jejak Pak Yasok sebagai tok dalang.

2. Perkembangan
Pak Yasok pandai dalam mengukir patung wayang kulit dan bermain alatan muzik. Antara alatan muzik yang Pak Yasok pandai bermain iaitu gendang ubi, gendang anak, tetawak dan kesi. Pak Yasok akan memahat belulang patungnya di meja kerjanya. Pak Yasok percaya kepada petua-petua pendalangan yang dipelajarinya melalui guru wayangnya, iaitu Dalang Tok Ali.

3. Perumitan/ konflik
Pak Yasok amat terasa hati dengan kata-kata menantunya iaitu Faezah yang mengatakan bahawa pekerjaan yang Pak Yasok buat berdosa. Pak Yasok amat terasa dengan penghinaan tersebut menyebabkan Pak Yasok marah terhadap menantunya. Faezah pula amat malu akan perbuatannya itu sehinggakan tiap kali cuti dia tidak pernah pulang ke rumah mentuanya.

4. Klimaks
Nora dari Kuala Lumpur datang ke rumah Pak Yasok untuk menuntut ilmu pendalangan bagi melengkapkan kajiannya. Selama 3 bulan Nora belajar segala ilmu yang diperturunkan oleh Pak Yasok kepadanya.

5. Peleraian
Setelah 3 bulan Nora menuntut ilmu pendalangan tersebut, Pak Yasok membuat malam memperlimaukan anak muridnya. Semua orang kampung hadir untuk melihat sendiri upacara tersebut dilakukan termasuklah ibu bapa Nora. Anak-anak Pak Yasok juga pulang ke kampung termasuklah menantu Faezah yang sesampainya terus menyalami tangan Pak Yasok.

LATAR

Latar Tempat
- Di atas beranda rumah tua perabung lima
- Serambi rumah Pak Yasok
- Meja kerja Pak Yasok
- Bangsal wayang
- Halaman umah

Latar Masa
-  Sewaktu hujan turun tanpa henti
- Selepas solat Isyak
- Sewaktu cuti
- Beberapa minit kemudian
-Setiap hari selama 3 bulan
- Malam memperlimau

Latar Masyarakat
- Masyarakat  yang meminati wayang kulit
- Masyarakat kampung
- Masyarakat bandar
- Masyarakat yang menghormati orang tua
- Masyarakat yang mementingkan agama


TEKNIK PLOT
Pemerian
Hujan turun tanpa hentinya. Air mula berladung di mana-mana. Pak Yasok kesejukan di atas beranda rumah tua perabung lima. Hujan terus turun dan turun tanpa ada petanda akan berhenti.

Imbas kembali
Dia teringatkan kata-kata menantunya yang ustazah itu.
“Ayah berhentilah buat kerja yang sia-sia ini, ayah. Patung wayang yang ayah buat tu akan minda nyawa di akhirat kelak. Kerja ayah ini kerja dosa...

Monolog dalaman
Siapakah yamg ke mari dalam hujan-hujan begini? Berdetik di dalam hati kecil Pak Yasok.

Monolog
“Sauki pun tak patut membiarkan isterinya yang menasihati aku, bisik Pak Yasok.
‘Ah, lamunanku terlalu jauh,’ getus Pak Yasok.

Dialog
“Nora nak jadi dalang?”
“Ya, kalau pak cik sanggup mengajarnya.”

NILAI
1. Nasihat
2. Kasih sayang
3. Hormat menghormati
4. Berkongsi ilmu

MESEJ DAN PENGAJARAN
1. Kita hendaklah pandai menasihati orang lain agar tidak mengguriskan perasaan mereka.
2. Kita mestilah gigih menuntut ilmu demi masa depan kita.
3. Kita mestilah mempunyai sifat kasih sayang terhadap ibu bapa.
4. Kita seharusnya berkongsi ilmu yang ada pada diri kepada orang lain.


SOALAN RESAM HIDUP MANUSIA (PANTUN DUA KERAT)

RESAM HIDUP MANUSIA (PANTUN DUA KERAT)


MADSUD SAJAK


Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahawa setiap orang mempunyai pendapat sendiri. Makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya.
 
Rangkap 2
Setiap orang mempunyai minat atau keinginan yang berbeza

Rangkap 3
Penyajak menyatakan perbezaan zaman berubah mengikut peredaran

Rangkap 4

Menurut penyajak segala perbuatan akan dibalas dengan setimpal. Sekiranya seseorang melakukan kebaikan akan mendapat balasan yang baik juga.

Rangkap 5
Tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian, kita harus tahu berterima kasih

Rangkap 6
Penyajak menyatakan seseorang menyatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebab.

Rangkap 7
Penyajak menyatakan bahaya percakapan. Pembaca perlu berhati-hati dengan kata-kata atau percakapan kerana jika terlepas cakap ia boleh membinasakan diri sendiri atau membuatkan orang semakin menjauhkan diri daripada kita

Rangkap 8
Penyajak menjelaskan kesan positif terhadap orang yang terang hati, mereka akan mudah memahami setiap perkara yang diajarkan kepada mereka

TEMA
Adat resam kehidupan manusia.

PERSOALAN

1.    1. Persoalan minat
Setiap manusia mempunyai minat atau keinginan yang berbeza. Minat menjadikan seseorang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu perkara. Contohnya apabila seseorang mempunyai minat untuk menjadi seorang guru, seseorang akan belajar dengan tekun untuk memastikan minatnya dapat dicapai.
Contoh rangkap 2:
Lain dulang lain kaki
Lain orang lain hatinya

2. Persoalan budi
Kita haruslah berterima kasih kepada orang yang memberikan budi. seseorang yang menabur budi akan mendapat balasan yang baik contohnya seseorang yang melakukan kebaikan akan mendapat balasan yang baik juga.
            Contoh rangkap 3:
            Ada ubi ada batas,
            Ada budi ada balas.    

BENTUK

Bentuk
Terikat

Jumlah rangkap
Mempunyai 8 rangkap

Jumlah baris dalam rangkap
Mempunyai 2 baris dalam satu rangkap

Jumlah perkataan sebaris
Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 patah perkataan
Contoh : Ada ubi ada batas (4 perkataan- rangkap 4)
Contoh : Tak sungguh orang tak kata (5 perkataan-rangkap 5)

Jumlah suku kata dalam baris
Suku kata 7 hingga 11 suku kata dalam satu baris
Contoh : tak / tum/buh tak/ me/la/ta ( 7 suku kata-rangkap 6, baris 1)
Contoh : o/rang ber/bu/di ki/ta ber/ba/ha/sa (11 suku kata,rangkap 5, baris 1)

Rima
Rangkap 1 - 8 rima (TERIKAT)