Monday 3 April 2017

KASIH JUALAN (PANTUN 4 KERAT)

MAKSUD RANGKAP

 Rangkap 1
Seorang peniaga sedang cuba menjual barang terbarunya.

Rangkap 2
Pengunjung masih belum berhajat untuk membeli dan datang untuk melihat sahaja.

Rangkap 3
Seorang peniaga yang tersohor datang berniaga menjadikan orang lain takut untuk berniaga bersama-sama.

Rangkap 4
Orang yang takut untuk berniaga itu adakah kurang sifat kelakian/kegagahannya.

Rangkap 5
Pengunjung tersebut dikatakan kedekut kerana begitu memilih.

Rangkap 6
Pengunjung takut duitnya habis jika membeli barang jualan tersebut.

Rangkap 7
Pengunjung sayang duitnya habis tetapi dia tidak sampai hati untuk menolak pelawaan itu

Rangkap 8
Pengunjung sebenarnya tidak kedekut dan lemah, Cuma dia masih belum mahu untuk membeli.

Rangkap 9
Sebenarnya kasih itu bukanlah sesuatu yang boleh diniagakan kerana hati itu tidak dapat dijual beli. Oleh sebab itu, pengunjung itu berasa berat hati untuk memilih dan membeli kerana belum berkenan dihati.

TEMA
-Adat dalam berjual beli.

PERSOALAN
-Berhati-hati dalam membuat keputusan
-Bersopan-santun antara satu sama lain dalam percakapan
-Berbudi bahasa dalam kehidupan
-Berani menghadapi pelbagai situasi

BENTUK
1- Rangkap

-          Mempunyai 9 rangkap

Contoh rangkap 1

Burung kekek burung di hutan,
    Terbang naik berlegar-legar;
Mari encik marilah tuan,
    Barang baik baru keluar.

Contoh rangkap 9

Dari Medan ke Sibolga,
    Padi di Langkat bawa ke Deli;
Kasih bukan barang berniaga,
    Hati tak dapat dijual beli.

2- Baris dalam rangkap
-          Mempunyai 4 baris dalam setiap rangkap

Dari Medan ke Sibolga,
    Padi di Langkat bawa ke Deli;
Kasih bukan barang berniaga,
    Hati tak dapat dijual beli.

3- Jumlah perkataan dalam baris

-          Mempunyai 4 hingga 5 kata

-          -Dari Medan ke Sibolga (4 kata)
       -Kedekut sungguh tuan nak makan (5 kata)

4- Jumlah suku kata
-          Terdiri daripada 8 hingga 11 suku kata

-        -  Dari Medan ke Sibolga (8 suku kata)
-         - Makanya takut masuk berniaga (11 suku kata)

Burung kekek burung di hutan,
    Terbang naik berlegar-legar;
Mari encik marilah tuan,
    Barang baik baru keluar.

      
      PENGAJARAN
     
1.     1)  Kita perlulah bersopan santun antara satu sama lain dalam percakapan
1.     2) Kita hendaklah berhati-hati dalam memilih dan membuat keputusan dalam sesuatu perkara
1.      3) Kita haruslah berani dalam menghadapi pelbagai situasi/keadaan



No comments:

Post a Comment